
2022 Summer Bay Round Island Swimming Challenge, Lang Tengah Island
READY TO CONQUER THE ISLAND? 2022 Summer Bay ROund Island Swimming Challange, Lang Tengah Island - Open Water Challange - a 6.35km swimming challenge without fins & life-jacket is here! Let's crush this challenge in the year of 2022 with us!
SUMMER BAY ROUND ISLAND SWIMMING CHALLANGE
Venue : Summer Bay Resort, Lang Tengah Island
Date : 28th Oct 2022
Time : 8:30am - 2:00pm
Swimming Distance : 6.35km (round-island)
Registration Fees : RM400/pax; fees included race kit (t-shirt & free gifts), 2-way boat transfer and lunch
Event Category : Man Open & Woman Open (16 Above)
REGISTER NOW
❕Registration Date : 1st Sept 2022 - 15th Oct 2022❕
Contact P.I.C :
En.Khairul : +6012-929 7837
Chew : +6019-952 7966
Thin : +6019-934 4666
Rules & Regulations:
1. Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta luar negara berumur 16 tahun ke atas serta sihat tubuh badan.
2. Acara ini dipertandingkan secara individu.
3. Pemenang akan diadili berdasarkan masa paling pantas menamatkan perlumbaan dan melalui semua laluan yang telah ditetapkan.
4. Semua peserta berdaftar akan menerima sehelai t shirt acara dan cenderahati acara, makan tengah hari dan boat transfer (Jeti Merang – Summer Bay Resort – Jety Merang).
5. Peserta boleh memilih untuk menginap atau secara day trip pada hari acara sahaja. Peserta yang ingin menginap di Summer Bay resort perlu membayar harga pakej yang lain.
6. Semua peserta yang berjaya menamatkan renangan dalam masa yang ditetapkan layak untuk mendapat finisher medal.
7. Bayaran pendaftaran boleh dibuat melalui mesin deposit tunai (CDM) atau bayaran atas talian (online) kepada SUMMER BAY TRAVEL & TOURS SDN BHD. Nombor akaun : 8007816670 (sila sertakan slip bayaran semasa pendaftaran)
8. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau lain-lain malapetaka semulajadi yang berisiko tinggi, pihak penganjur boleh mengubah, membatalkan, menanguhkan acara dan peserta tidak dibenarkan untuk menuntut apa-apa ganti rugi.
9. Bagi tujuan keselamatan dan kecemasan pihak penganjur akan menyediakan bot serta kayak penyelamat dan juga sebagai penunjuk arah. Pasukan perubatan akan disediakan di tapak acara.
10. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa risiko kecederaan, kehilangan barangan, kehilangan nyawa, kerosakkan harta benda sama ada sebelum, semasa dan selepas acara 2022 Summer Bay Lang Tengah Round Island Swimming Challenge.
11. Pihak penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang tidak lengkap atau memberi maklumat palsu bagi menyertai acara ini.
12. Sebarang bantahan adalah tidak dibenarkan dan tidak akan dilayan. Semua keputusan adalah hak mutlak penganjur.
13. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 15 Oktober 2022. Pendaftaran dibuka berdasarkan kuota perlumbaan iaitu seramai 200 oarang sahaja. Pendaftaran dianggap lengkap apabila mengisi borang maklumat dengan lengkap serta membuat pembayaran penyertaan.
14. Nombor perlumbaan akan di tanda pada anggota badan / pakaian oleh pihak penganjur. Peserta tidak dibenarkan mengubah nombor perlumbaan masing-masing.
15. Semua peserta perlu menandatangani salinan borang syarat dan peraturan perlumbaan ini sebelum bertanding.
16. Setiap peserta perlu bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Namun demikian, pihak penganjur mempunyai hak untuk tidak membenarkan peserta memulakan atau menamatkan perlumbaan sekiranya secara fizikal peserta tidak berkeupayaan atau memberi risiko kepada peserta lain atau diri sendiri (dengan atau tanpa nasihat pegawai perubatan).
17. Mengambil kira keadaan cuaca di Malaysia, peserta perlu sedar akan risiko dihidrasi, oleh itu Peserta digalakkan untuk membawa bekalan minuman atau makanan tenaga yang sesuai sepanjang perlumbaan berlansung. Peserta tidak dibenarkan untuk membuang sampah sarah atau lain-lain benda asing semasa perlumbaan. Sila jaga kebersihan.
18. Oleh kerana Pulau Lang Tengah adalah kawasan taman laut, peserta tidak dibenarkan untuk memijak, memegang atau lain-lain gangguan kepada hidupan marin serta batu karang di kawasan pulau ini terutama semasa acara berlangsung
19. Penggunaan bahan terlarang seperti dadah, ubatan stimulasi adalah tidak dibenarkan. Penyertaan peserta yang didapati menggunakan bahan terlarang tersebut akan dibatalkan serta merta.
20. Para peserta perlu membawa air minuman, swimming cap, swimming gogle. Swimming buoy adalah diwajibkan. Atas faktor keselamatan, peserta yang tidak memakai swimming buoy tidak akan dibenarkan bertanding.
21. Catatan masa akan dilakukan secara manual dengan menggunakan jam randik / stopwatch dan masa rasmi adalah masa yang ditentukan oleh pihak penganjur.
22. Peserta yang gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan tidak akan dibenarkan untuk bertanding.
23. Jarak renangan adalah kurang lebih 6.3km. Cut off times adalah selama 4 jam bagi kategori terbuka lelaki dan 4 jam 30 minit bagi kategori terbuka wanita. Sekiranya perlu, penganjur boleh mengubah tempoh masa cut of time ini.
24. Bagi peserta daytrip, lapor diri di jeti Pelancongan Merang selewatnya pada jam 6.45pagi pada 28 Oktober 2022. Bot akan bertolak ke Summerbay Resort pada jam 7 pagi. Peserta yang gagal menepati waktu dianggap tidak berminat utnuk menyertai acara ini.
Setiap Perserta akan dikategori faham dan bersetuju dengan semua syarat serta peraturan di atas untuk menyertai pertandingan 2022 Summer Bay ROund Island Swimming Challange, Lang Tengah Island - Open Water Challange.